12 : 00 am. - Mula
Mereka-mereka hadir dan melupakan segala perkara yang perlu di lakukan di tolak tepi buat sementara. Kerana ingin melepaskan rindu seraya bertemu bersama teman-teman yang sekian tidak lepak bersama. Pada mula mereka-mereka seolah berat untuk menerima ajakan. Namun,selepas terima mesej pesanan ringkas dari gua yang berbaur lucah dan sedikit romantis. Mereka-mereka turuti juga.
Seperti selalu-selalu, segerombolan kami berjalan berkepak seakan-akan badan bertubuh sasa dan mungkin seolah berdampingan awek hot semacam julia peres. Menyinggah makan di gerai yang menyediakan menu chicken chop pada tingkat harga lima ringgit Malaysia. Murahkan? hanya sekadar yang mampu. Tidak la seperti yang lain-lain di luar sana, mencari tempat di luar kemampuan kami. Waluapun murah, apa yang kami lalui tiada nilai hingganya.
Yang mereka di luar sana hanya perlu booking dan tinggal datang untuk di serve saja. Tapi tidak bagi kami yang perlu datang, menanti seperti menunggu nombor giliran di hospital kerajaan. Kenapa? Mungkin menunya sedap dan berpatutan harga. Serta berpusu-pusunya orang yang menjamu di sana.
Gua seronok bersama-sama mereka yang lain. Suasana hening berubah menjadi bising dengan gelak tawa mereka yang mengendahkan perasaan orang lain yang sedang menjamu santapan. Mungkin terdetik di hati pelanggan yang lain memaki dalam. Dan itu sama sekali gua tak peduli. Gua ada mereka bersama.
Selepas satu hal yang di bicara,timbul yang lain untuk menghidupkan suasana. Ataupun sememangnya mereka bermulut pantat ayam yang selalu di gelar oleh orang-orang tua. Lumrah jika duduk bersama, sindiran pasti akan kedengaran sehingga turut terbahak kuat tertawa. Dan bila sindiran itu tepat terkena muka gua, gua hanya mampu tersenyum nipis. Celaka!! Kena juga gua. Ingat ketawakan orang je.
Tapi tidak la kami berbual sakan,ketawa habis. Selepas beberapa minit atau jam barangkali,makanan di bentangkan. Serta-merta suasana menjadi diam dan hanya berdendang bunyian kunyahan. Ada yang sok sopan yang kononnya gelagat tatacara makannya diperhatikan gadis-gadis sekitar. Arrrgghh,lambat habis nanti orang minta. Dan mungkin timbul pertanyaan yang agak kurang sopan. Sedikit sedutan " tak habis ke apa dokk???" Dengan niat untuk menghabiskan makanan yang tinggal. Takut membazir katanya. Dan itu hanyalah reka-rekaan serta andaian.
Sesempurna selesai menngadak makanan. Masing-masing tersandar cool kekenyangan. Sebungkus dunhill dan winston merah dikeluarkan menambah lagi ke-coolan mereka. Gua memohon sebatang,gua pun nak cool beb!!
Suara sinis kedengaran.
Salam : Zam,kau dari dulu tak berubah ek?
Gua : Kenapa?
Salam : Yelah. dari 2009,2010,2011 pun pepah rokok orang.
Gua : Haha. Gua berdekak. Gua kan tak berkejaya.
Tapi gua masih cool dan itu masih tidak apa-apa.
Sehinggalah.....
Salam : Sebatang ude? Hihihi. Dia tertawa jeling.
Suasana bergempita dengan gelak tawa atas bodoh-bodoh yang dipamerkan. Dan memang aku tertawa dengan SERONOK!!
Niat-niat nakal datang tiba-tiba dari salah seorang gerombolan ini. Gua pun tak tahu jenis setan ape yang bagi niat canggih selepas makan ni. Mungkin jenis setan yang kena lastik dengan malaikat apabila cuba mendengar rahsia-rahsia langit.
" JOM SURVEY SUSUR? "
Nama dirahsiakan.
4.00 am - Tamat
.
2 ulasan:
Steady betul hisap Dunhill ek?
hehehehehe.
Harap kau paham aku punya hehehehe tu.
hahaha!! di luar masa trning kan? heheheh
Catat Ulasan