Rabu, 23 Februari 2011

kisah cinta anak nelayan itu

; sekadar gambar hiasan.



Dia hanya seperti badut berhidung bulat semerah yang menghibur di keraian bila ditempah.
Dia hanya sesetia kuda yang ditunggang di hari bahagia mereka tanpa mempamerkan keluh kesah.
Dia hanya menjadi pendengar radio yang gemar tanpa mengubah selera frekuensi,namun suara dia melantun tanpa didengari.
Dia hanya memperlihatkan bahagia berbanding duka,seakan kuat menahan sendiri.
Dia hanya voicebox rintihan yang berusaha menenangkan.
Dia hanya penggemar suara panggilan itu yang memecah hening sunyi.
Dia hanya mampu mengesat linangan air mata jernih dengan kata-kata kerana ketiadaan sapu tangannya.
Dia hanya seperti 7 orang kerdil penjaga snow white yang tidak bisa mungkin jatuh terhadapnya.
Dia hanya mampu menyalakan sebatang rokok dan meluahkan di hadapan laut biru seperti yang dijanjikan.



Dan dia hanya syok sendiri pada anak gadis pengusaha ikan itu.






                                   .

Tiada ulasan: