Di hari ini tiada ada kata-kata indah yang bisa aku rangkai bunga. Atau pun hal istimewa yang boleh mengejutkan wanita yang semampu gua urai.
Mungkin ini tidak bererti apa-apa bagi kau. Tapi yang pasti segenap hal yang di perlakukan,tersemat kemas di pusat inventory ingatan.
Kau sungguh hebat dalam tafsiran. Menyuarakan aku hanya sekadar keistimewaan pelangi selepas hujan. Bersifat sementara seraya hilang entah kemana. Mencapai manis hanya tika bermula. Setelah meraih,mainan feveret Ding -Dang keluaran Kinos diganti Ben 10. Aku mengiyakan telahan kau.
Sedar dalam waktu singkat, aku kurang bergaul dengan wanita. Hanya kerana aku tak bisa membohongi.
Bukan sok puitis.
Terima kasih atas warna yang pernah engkau lukis dalam hidup aku. Dan izinkan menyimpannya, walau mungkin sebenarnya aku tak berhak memilikinya lagi.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan