Isnin, 20 Disember 2010

tanya je



harini gua pergilah larkin sentral nak cari tiket bas,nak cari tiket bas ke kolumpur. pada mulanya gua ingat nak naik airbus,bas jugakan? memandangkan gua ni gayat akan tinggi,gua cancel tapi yang lagi pasti,tepat dan kemaskini gua dalam masalah kewangan. ya sebab ni kot gua cancel nak naik airbus,gayat tu sebagai alasan dan berbual gebang semata mata.


sesampai gua dekat sana dengan belum mandi gua selamba pergi sana,gua terus carilah perkhidmatan bas yang gua nak. masa gua lalu lalu tu adalah orang bertanya "nak kemana dik?" gua endahkan aje. lagi sekali dia bersuara. "tanye je" gua balaslah "tak apa tak apa". gua teruskan lalu lalu lagi dekat sana,sampai satu tempat lagi ada orang menegur "nak kemana dik?kl?seremban?" gua bagi signal tangan tanda tak apa. dia pun guna ayat yang sama "tanya je". okay,gua pun jawab la gua nak ke kolumpur. "dengan selamba dia berkata kata "okay dik,nak bergerak siang ke malam. rm31 je. bila nak pergi?" eh,eh orang ni,tadi nak tanya je kemana sekadar ingin tahu. celaka!

gua pun cakap la "tak apa,tak apa kak". gua terus jalan lagi cari bas konsortium, dalam gua jalan tu ada lagi suara bertandang. "nak kemana dik? tanya je" sial! gua tersenyum sorang mengenangkan soalan yang ditanya dorang,memang dorang ni dilatih gunakan dialog yang sama ke? gua jalan lagi,tapi gua perasan ada sorang apek ni ikut dari belakang gua biarkan je,sampai gua kat kaunter konsortium,gua tanya "ada tiket bas untuk ke kolumpur tak yang bertolak tengah hari kak?" akak tu jawab "tak ada dik,malam je". lepas tu gua nak blah la. gua pusing je tetiba muka apek tu depan gua dengan selamba dia cakap "nak ke kolumpur ka?" kiwak!! curi dengar perbualan gua. macam gini pun ada ka??

Tiada ulasan: