Dulu dulu masa aku di bangku sekolah darjah 1,botol air bersangkut di leher,rambut di sisir tepi rapi berminyak kan zaitun melemparkan bau, dan tidak tergugat tika melihat sosok cikgu wanita. 3 pilihan yang menjadi kemestian cita cita aku yang perlu di tulis dalam borang coklat tak lain tak bukan ;
Pilihan 1 - polis
Pilihan 2 - bomba
Pilihan 3 - juruterbang.
Di tanya oleh cikgu cikgu mana sekali pun apa cita cita aku,dgn kadar segera aku menjawab polis dengan rasa teruja tanpa ragu. Mungkin di mata aku polis adalah pilihan terbaik pada saat itu. Walaupun masih hingusan dan tidak memahami apa apa dan yang pasti aku belum berkhatan. Agaknya pilihan yang dibuat oleh aku atas dasar gara gara terpengaruh dengan drama gerak khas dan roda roda kuala lumpur. Kena pula time ni tengah top.
Kadang kala,aku tertanya tanya apakah cita cita mereka yang lain juga sama seperti aku. Ternyata tidak,aku tergelak besar saat aku hampir tamat darjah 6 serta cikgu memulangkan semula borang coklat itu. Aku segera membanding bandingkan cita cita pilihan aku dengan yang lain. Di mana cita cita yang berbeza beza di setiap kepunyaan borang coklat itu. Bila aku membelek borang coklat salah seorang dari mereka dan yang tertera adalah berikut ;
Pilihan 1- pelumba f1
Pilihan 2- pelawak
Pilihan 3- pengembala
Ternyata berbeza dari yg lain. Cilake.
Kelakar kan?
Dan itu cerita dua belas tahun yang lepas.
Kini umur aku meningkat hampir 20sen. Dan mereka mahukan jawapan yang serius. Well,how bout this. "Who the hell knows." Dan ini bukan masa untuk aku buat keputusan yang tepat dengan cepat,ini masa untuk aku buat kesilapan. Naik bas yang salah seraya sampai ke tempat ganjil, jatuh cinta...a lot,major dlm philosophy kerana tak mungkin aku boleh jadikannya sebagai karier,sering ubah fikiran dan ubahnya lagi kerana tiada yang kekal, dan terus membuat silap sebanyak mungkin.
That way, someday when they ask again what im wanna be,i wont have to guess anymore.
I'll know.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan