Ahad, 19 Disember 2010

catatan hari semalam



hari semakin bersilih ganti hari tanpa tak reti reti berhenti. gua seperti biasa habiskan hari siang dengan memepah tidur sehingga terlanjur kadang kala hampir 25jam sehari,eh silap. argghh,teknik kira kira aku makin lemah. lena aku diharmonikan berserikan lagi dengan mimpi bermacam macam perihal,sering juga mimpi mimpi nakal datang menjenguk seraya kebasahan. dah satu hal kena bangun dan masuk ke tandas.


ok itu sudah memadai,lebih dari itu tak dapat dikongsi. penangan dari tidur siang tu gua rasa gua macam duduk kat oversea tapi di negara sendiri. macam orang oversea tidur,gua masih terjaga. semacam berlaku peralihan GMT. tapi tidak sama sekali,cuma gua je yang berfantasi begitu kat rumah. yang lain tidur,gua mundar mandir di sekitar rumah berjaga.


mata aku masih segar sepertiga malam tu,gua menonton la dvd-r bertemakan korea korea,jepun jepun yang kepunyaan akak gua  kat pc supaya nak mencepatkan masa berlalu tanpa menoleh. padahal dah gua tengok kesemua cerita tuh dan hampir hafal dialog dialog sikit sedikit dah boleh melekat di tutur bibir bagai. tak percaya. "noreul sarang hae" ahjuhma,ahjussi,omma,oppa" "bakero,nanda yo,ite ite ite" haaa kan boleh. kiranya aku fasih bertutur dalam bahasa korea dan jepun la ni eh?? hebat jugak kan,dapat bertutur banyak bahasa. bahasa melayu,korea,jepun dan tak ketinggalan juga english. CEH.


namun, kalau bosan dah sampai melilit lilit, gua blah 'tak tuk tak tuk' bunyi gua buka pintu. gua duduk luar atas kerusi rotan. BORRRR.. BORRRR.. BORRRR.. gua merokok,ARHHH BESTNYA MALAM NI !!!.

dan itu catatan hari semalam yang gua tersalah GMT.

Tiada ulasan: