Khamis, 30 Disember 2010

melelong senyuman II





Gua sekadar menghabiskan cuti sementara menunggu result dengan berada di luar kawasan. Meninjau-ninjau keadaan persekitaran yang elok dan indah di pandang. Lebih lagi susuk tubuh wanita yang sering di pamerkan oleh mereka-mereka sendiri. Seperti selalu selalu senyuman terukir di bibir namun dibenak fikiran berputar ligat berimaginasi.


Dulu-dulu,gua sering ke pasar borong untuk melelong senyuman bukan kerana gua pemurah dengan senyuman,tetapi dek penangan wanita-wanita disana yang sering menonjolkan diri mereka segala bagai. Maaf,gua bukan gila seks. Sekadar memenuh perihal lelaki yang meminati wanita. Dan itu cerita yang sebulan perihal yang lalu.


Sekarang,gua masih lagi menjaja dan melelong senyuman kepada mereka-mereka. Dengan kehebatan gua mengukir senyum mereka agak teruja dan merasa senang akan tindak tanduk gua. Dan ini bukan rekaan semata-mata. Atau mencangkung berak,flush sendiri. Kata pujian itu,pernah di lemparkan oleh pen pal gua yang berada di HERZEGOVINA. Setelah beliau membelek gambar yang berikut ;

; sekadar gambar hiasan.

Lupakan perkara di atas dan tak perlu dibahaskan lagi. Gua memang manis tika bersenyum. Dan jangan kefikiran hingga terbawa ke ranjang bersama kekasih. Okay cukup! Maaf.


Kali ini gua melelong senyuman bukan kerana keseronokkan memantau wanita. Tapi memikat hati pelanggan. Kerana apa?


KERANA GUA KENA JAGA GERAI MAKCIK GUA DI UPTOWN BANGI.

Rabu, 29 Disember 2010

buku laporan



Tolong menyanyi beberapa kerat lirik dibawah dengan sleng pure english.




"...you're the barbie girl,in the barbie world..."



BAHBI!!
Gua tersinggung.

Jumaat, 24 Disember 2010

ceritera gebang



Haritu aku meluangkan masa bersama kawan lepak segala bagai. Berbual dan bercerita tentang ape yang berlaku disekeliling dan yang paling banyak sekali tentang wanita. Dari segi susuk tubuhnya,rupa rias wajahnya dan kemerduan suara wanita sering menjadi topik hangat. Mereka gila seks! Dan itu bukan yang ingin disampaikan. Segala perbualan terhenti seketika,beberapa minit kemudian mereka mereka memulakan perbualan dengan menanyakan teka teki bodoh,dan cerita mengelikan hati. Lebih specific,tolol berbahalul.


Pencerita : Adalah seorang gadis perawan yang cantik molek elok dipandangan dan dari keturunan  golongan kaya-kaya. Tidak pernah menginjak kaki keluar rumah agamnya dan hidup tidak menghiraukan dunia luar serta agak dungu dalam mengenal jenis-jenis binatang.


Aku : lepas tu? (ayat yang sering digunakan tika mendengar cerita)


Pencerita : Suatu hari,dengan tiba-tibanya dia ingin keluar dan menikmati hidup seperti orang lain yang serba-serbi tahu atau sok tahu. Si gadis perawan ini juga ingin merasai hidup di luar bandar. Dan dia teringat tentang pak ciknya yang tinggal di kampung dan membuat keputusan untuk melawatnya. Tetapi pak ciknya ni seorang yang gila  seks.


Aku : Lepas tu?


Pencerita : Sampai di kampung,dia mengajak pak ciknya untuk membawa pusing-pusing disekitar kampung. Dalam dia pusing-pusing di  kampung dia terserempak dengan beberapa binatang dan mengajukan soalan kepada pak ciknya yang gila seks tu. "Pak cik,apa nama binatang tu?" pak ciknya menjawab "boleh bagitahu tapi dengan satu syarat,kolom ko*** pak cik" dengan selamba si gadis tu bersetuju. Selepas selesai pak ciknya memberitahu. "itu lembu".


Aku : Sial!


Pencerita : Dan mereka jalan lagi sehingga ke selekoh jalan. Si gadis tu ternampak binatang yang amatlah besar dan menanyakan nama akan binatang itu kepada pak ciknya. Syarat yang sama juga dikenakan ke atas gadis itu. Dan segeralah gadis tu selesaikan. Pak ciknya menjawab "itu gajah". perjalanan diteruskan lagi sehingga la gadis tu ternanpak akan satu binatang ganjil yang pelik serta kecil. Segeralah dia bertanya kepada pak ciknya nama binatang tu. Pak ciknya menjawab "oh,itu binatang namanya LOKI-LOKI"


Aku : LOKI_LOKI? Binatang ape tu sial?


Pencerita : nak tahu? kolom ko*** aku.


Suasana bergempita dengan ketawa-ketawa annnjing!!

Isnin, 20 Disember 2010

tanya je



harini gua pergilah larkin sentral nak cari tiket bas,nak cari tiket bas ke kolumpur. pada mulanya gua ingat nak naik airbus,bas jugakan? memandangkan gua ni gayat akan tinggi,gua cancel tapi yang lagi pasti,tepat dan kemaskini gua dalam masalah kewangan. ya sebab ni kot gua cancel nak naik airbus,gayat tu sebagai alasan dan berbual gebang semata mata.


sesampai gua dekat sana dengan belum mandi gua selamba pergi sana,gua terus carilah perkhidmatan bas yang gua nak. masa gua lalu lalu tu adalah orang bertanya "nak kemana dik?" gua endahkan aje. lagi sekali dia bersuara. "tanye je" gua balaslah "tak apa tak apa". gua teruskan lalu lalu lagi dekat sana,sampai satu tempat lagi ada orang menegur "nak kemana dik?kl?seremban?" gua bagi signal tangan tanda tak apa. dia pun guna ayat yang sama "tanya je". okay,gua pun jawab la gua nak ke kolumpur. "dengan selamba dia berkata kata "okay dik,nak bergerak siang ke malam. rm31 je. bila nak pergi?" eh,eh orang ni,tadi nak tanya je kemana sekadar ingin tahu. celaka!

gua pun cakap la "tak apa,tak apa kak". gua terus jalan lagi cari bas konsortium, dalam gua jalan tu ada lagi suara bertandang. "nak kemana dik? tanya je" sial! gua tersenyum sorang mengenangkan soalan yang ditanya dorang,memang dorang ni dilatih gunakan dialog yang sama ke? gua jalan lagi,tapi gua perasan ada sorang apek ni ikut dari belakang gua biarkan je,sampai gua kat kaunter konsortium,gua tanya "ada tiket bas untuk ke kolumpur tak yang bertolak tengah hari kak?" akak tu jawab "tak ada dik,malam je". lepas tu gua nak blah la. gua pusing je tetiba muka apek tu depan gua dengan selamba dia cakap "nak ke kolumpur ka?" kiwak!! curi dengar perbualan gua. macam gini pun ada ka??

Ahad, 19 Disember 2010

catatan hari semalam



hari semakin bersilih ganti hari tanpa tak reti reti berhenti. gua seperti biasa habiskan hari siang dengan memepah tidur sehingga terlanjur kadang kala hampir 25jam sehari,eh silap. argghh,teknik kira kira aku makin lemah. lena aku diharmonikan berserikan lagi dengan mimpi bermacam macam perihal,sering juga mimpi mimpi nakal datang menjenguk seraya kebasahan. dah satu hal kena bangun dan masuk ke tandas.


ok itu sudah memadai,lebih dari itu tak dapat dikongsi. penangan dari tidur siang tu gua rasa gua macam duduk kat oversea tapi di negara sendiri. macam orang oversea tidur,gua masih terjaga. semacam berlaku peralihan GMT. tapi tidak sama sekali,cuma gua je yang berfantasi begitu kat rumah. yang lain tidur,gua mundar mandir di sekitar rumah berjaga.


mata aku masih segar sepertiga malam tu,gua menonton la dvd-r bertemakan korea korea,jepun jepun yang kepunyaan akak gua  kat pc supaya nak mencepatkan masa berlalu tanpa menoleh. padahal dah gua tengok kesemua cerita tuh dan hampir hafal dialog dialog sikit sedikit dah boleh melekat di tutur bibir bagai. tak percaya. "noreul sarang hae" ahjuhma,ahjussi,omma,oppa" "bakero,nanda yo,ite ite ite" haaa kan boleh. kiranya aku fasih bertutur dalam bahasa korea dan jepun la ni eh?? hebat jugak kan,dapat bertutur banyak bahasa. bahasa melayu,korea,jepun dan tak ketinggalan juga english. CEH.


namun, kalau bosan dah sampai melilit lilit, gua blah 'tak tuk tak tuk' bunyi gua buka pintu. gua duduk luar atas kerusi rotan. BORRRR.. BORRRR.. BORRRR.. gua merokok,ARHHH BESTNYA MALAM NI !!!.

dan itu catatan hari semalam yang gua tersalah GMT.

Sabtu, 18 Disember 2010

adrenaline



seluruh tubuh gua terpaku dan membisu dan detak jantung gua berdebar tak menentu. gua lihat jam analogue yang memeluk erat pergelangan tangan tanpa lepas menunjukkan pukul 4 pagi. tengok sekeliling gelap memang nyata. mata meliar memerhati,zon didapati aman untuk menontonnya.

takutnya film horror ni.

Selasa, 7 Disember 2010

buku lejar masa



Dulu dulu masa aku di bangku sekolah darjah 1,botol air bersangkut di leher,rambut di sisir tepi rapi berminyak kan zaitun melemparkan bau, dan tidak tergugat tika melihat sosok cikgu wanita. 3 pilihan yang menjadi kemestian cita cita aku yang perlu di tulis dalam borang coklat tak lain tak bukan ;

Pilihan 1 - polis
Pilihan 2 - bomba
Pilihan 3 - juruterbang.

Di tanya oleh cikgu cikgu mana sekali pun apa cita cita aku,dgn kadar segera aku menjawab polis dengan rasa teruja tanpa ragu. Mungkin di mata aku polis adalah pilihan terbaik pada saat itu. Walaupun masih hingusan dan tidak memahami apa apa dan yang pasti aku belum berkhatan. Agaknya pilihan yang dibuat oleh aku atas dasar gara gara terpengaruh dengan drama gerak khas dan roda roda kuala lumpur. Kena pula time ni tengah top.

Kadang kala,aku tertanya tanya apakah cita cita mereka yang lain juga sama seperti aku. Ternyata tidak,aku tergelak besar saat aku hampir tamat darjah 6 serta cikgu memulangkan semula borang coklat itu. Aku segera membanding bandingkan cita cita pilihan aku dengan yang lain. Di mana cita cita yang berbeza beza di setiap kepunyaan borang coklat itu. Bila aku membelek borang coklat salah seorang dari mereka dan yang tertera adalah berikut ;

Pilihan 1- pelumba f1
Pilihan 2- pelawak
Pilihan 3- pengembala

Ternyata berbeza dari yg lain. Cilake.

Kelakar kan?
Dan itu cerita dua belas tahun yang lepas.

Kini umur aku meningkat hampir 20sen. Dan mereka mahukan jawapan yang serius. Well,how bout this. "Who the hell knows." Dan ini bukan masa untuk aku buat keputusan yang tepat dengan cepat,ini masa untuk aku buat kesilapan. Naik bas yang salah seraya sampai ke tempat ganjil, jatuh cinta...a lot,major dlm philosophy kerana tak mungkin aku boleh jadikannya sebagai karier,sering ubah fikiran dan ubahnya lagi kerana tiada yang kekal, dan terus membuat silap sebanyak mungkin.

That way, someday when they ask again what im wanna be,i wont have to guess anymore.
I'll know.

Sabtu, 4 Disember 2010

berdialog tanpa respon



sekujur tubuh legam pekat yang mengekori aku anggap sebagai peneman bila bermandikan cahaya sipi sipi. aku juga selalu selalu meluangkan masa berbicara nakal dengan serangga serangga kecil, ternyata sekali bukan mengenai sex! ya bukan. kemungkinan perbualan antara aku dan mereka mereka agak membosankan sehingga serangga serangga itu beredar pergi. ada juga cicak yang terkejut seraya lari apabila ditegur aku dalam nada yang tinggi berbunyi "HAAA,kau buat ape?! " besertakan mimik muka separa manis dan bengis tika ia sedang leka bermain di celah celah toaster. mungkin si cicak tu terkumat kamit mnyumpah aku dalam bahasanya. maaf,niat aku sekadar ingin bergurau,nyata gurauan aku berlebihan.


ahh,barangkali aku sedang bosan.

Khamis, 2 Disember 2010

hujan yang dibawa



gua menjadi gila bila hujan bertandang membawa kesejukan seperti babi hutan yang lari bertempik gila melihat kelibat pemburu haram yang belum tertangkap mengacukan senjata. bertambah gila lagi bila berdakapan dengan kesunyian imaginasi berputar ligat memainkan ilustrasi wayang pelbagai di benak fikiran tanpa berbayar. dengan pengawasan orang yang lebih dewasa tiada melihat anak muda remajanya melayari web. hendakkan aje gua layan SPANKWIRE hujan hujan ni. burrrr sejuk.


jujurkan gua?