Ahad, 7 November 2010

tiada alsan untuk tidak CERGAS




slogan TIADA ALASAN!! merupakan slogan yang diperkenalkan untuk menggalakkan masyarakat malaysia untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup yang cergas. tetapi pelbagai alasan yang dikemukan seperti TIADANYA RUANG dan TIADANYA PELUANG untuk melakukan aktiviti.

walaupun adanya program seperti ini untuk memotivasikan kita untuk cergas dan cerdas. aku tetap bermalas malasan. HAHA. dulu berak memerlukan aku untuk bercangkung,tapi kini tinggal duduk dan CHREEETT sahaja sambil merokok dan menikmati setiap sedutan. *arrgghh memang melegakan.

dulu aku sering juga main tangga,turun naik turun naik tangga. dan dijadikannya satu alasan untuk beriadah jika dimarahi. tapi kini,pelbagai kemudahan baru dan canggih telah menggantikan tangga,seperti elevator dan escalator. namun escalator juga membuatkan aku berpeluh. mana tidaknya,sampai diatas aku tendang button STOP,dan mereka mereka yang turut menumpang terpingga pingga sekejap. dan sebelum dimaki hamun dengan puitis dan dikejar,apa lagi langkah seribu dua la.

nasib baik tangga stadium tak tukar escalator,kalau tak dah satu hal bagi COACH. tiada tempat training untuk lower body strength dan endurance. HAHA

Tiada ulasan: