Sabtu, 6 November 2010

all izz well



mungkin aku agak terlambat menonton filem 3 idiots. mungkin ketika pertama kali filemnya on air aku tiada masa atau mungkin masalah kewangan untuk ke pawagam. masalah kewangan agaknya.ternyata plot ceritanya memberikan kesan terhadap penonton yang menyaksikan filem ini. tidak hairanlah ia mendapat sambutan yang meluas,sehinggakan dapat memecahkan rekod carta box office di bollywood.

bersama keluarga aku menonton filem tersebut,ceritanya agak kelakar dan aku tertawa melihat kebodohan mereka.namun disebalik kebodohan mereka,terdapat juga messages yang disampaikan melalui filem itu. dan certain parts dalam filem itu juga agak mengharukan dan serba sedikit menggugat kekentalan aku dan kebocoran air permata jernih ini untuk mengalir. mungkin aku menahan air mata kerana merasa segan serta malu jika diketahui oleh keluarga dan takut di reject. lebih lebih lagi dari pengetahuan akak aku. HAHA. tidak dinafikan aku memang terharu sehingga terasa kesannya. bagi mereka diluar sana pasti menganggap pelik dan kelakar untuk seseorang lelaki itu menonton hindustan. ahh siapa peduli,itu cara aku meluangkan masa bersama keluarga. tepuk dada,say 'ALL IZZ WELL'. HAHA

agaknya ternyata benar seperti kata kata mereka diluar sana yang mengatakan televisyen boleh mempengaruhi kehidupan kita. MEMANG dan aku terpengaruh!!! HAHA. sifat yang ditunjukkan oleh watak utama yang bersifat free-thinker,free-spirits serta menganggap studies for the sheer joy of it benar benar merubah pemikiran aku. sekarang baru aku tahu,harus menikmati kehidupan sepenuh dan sepuas puasnya.

TIADA KESALAN!!

ahh,aku terasa nak menyanyi.ayuh sing along.

give me some sunshines,
give me some rain,
give me another chance,
i wanna grow up once again.
lala la la lalalalalala lala *rhythm

Tiada ulasan: