Sabtu, 5 Februari 2011

pensel warna staedtler luna

Di hari ini tiada ada kata-kata indah yang bisa aku rangkai bunga. Atau pun hal istimewa yang boleh mengejutkan wanita yang semampu gua urai.


Mungkin ini tidak bererti apa-apa bagi kau. Tapi yang pasti segenap hal yang di perlakukan,tersemat kemas di pusat inventory ingatan.


Kau sungguh hebat dalam tafsiran. Menyuarakan aku hanya sekadar keistimewaan pelangi selepas hujan. Bersifat sementara seraya hilang entah kemana. Mencapai manis hanya tika bermula. Setelah meraih,mainan feveret Ding -Dang keluaran Kinos diganti Ben 10. Aku mengiyakan telahan kau.


Sedar dalam waktu singkat, aku kurang bergaul dengan wanita. Hanya kerana aku tak bisa membohongi.
Bukan sok puitis.


Terima kasih atas warna yang pernah engkau lukis dalam hidup aku. Dan izinkan menyimpannya, walau mungkin sebenarnya aku tak berhak memilikinya lagi.


.

Rabu, 2 Februari 2011

segalanya tentang 'saya'

Kalau aku secara tidak sengaja duduk terlentang menonton siaran tv3 hari Selasa jam 9.00 malam. Atau aku tak boleh miss nak tengok. Tidak semena-mena fikiran memainkan gambar rajah seakan-akan ada slideshow. Walaupun mata terarah ke kaca tv, namun fikiran melayang.


Kau tahu 'saya'?
Aku masih ingat warna baju yang kau pakai siang tu. Okay 1set pakaian masih aku ingat. Mahupun sementara, entah kenapa ia melekat tanpa jemu. Mimik muka kau seiras,atau itu mungkin kau dan kau merahsiakan dari aku.


Suara yang dimainkan oleh tv terkelihatan semacam kau turut kendegaran seperti kau. Terngiang-ngiang masih suara kau seraya terimbas ketika aku terima panggilan dari kau. Dan itu cerita tahun yang lepas. Kini mungkin kau di damping orang-orang glamour, terlupakan aku.


Namun kini, tentang sesutau yang menghalang antara kita. Kau artis.


; nurfathia abd. latif

'saya' , kau yang buatkan aku untuk menonton drama Hani.



.