Sebelum ini,tika gua berada dalam zaman berak terkincit dalam seluar tanpa dapat dikawal tahannya,rambut masih disisir oleh mak gua, kadang kala akak gua yang menyisisir rapikan rambut gua. Dan juga sedikit kucupan di dahi dan juga di pipi sebelum menginjak ke sekolah.Dan gua bagi amaran jangan di bibir,gua tak nak first kiss gua dirampas begitu aje dari mak gua. Gua sering merungut dan bertanyakan soalan yang amat bijaksana tika diperingkat umur itu. "Ma,orang nak tukar nama boleh ma?" Kan? Soalan yang bernas yang boleh dirungkai dengan penumbuk penampar sahaja. Sebab dan musababnya,gua sering diejek oleh budak-budak yang pemikiran belum matang tika itu. Contoh ejekan "zam zam alakazam". Ekoran daripada sedutan filem Laksamana Do Re Mi ketika Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ingin menerbangkan tikar terbangnya.
Namun,segala itu diatasi dengan berlalunya tahun ke tahun. Kini gua sedikit bangga diberi pasangkan nama AZAM. Ini kerana setiap kali menjelang tahun baru,mereka-meraka di luar sana memasang niat dan seraya AZAM yang baru menggantikan yang usang. Dan sudah ternyata nama AZAM terpahat kemas di dada hati mereka-mereka. Termasuklah juga wanita-wanita yang di luar sana memasang AZAM tanpa gua ketahui. Dan gua tidak pasti untuk berapa lama AZAM mereka akan bertahan,mungkin hingga menjelma tahun yang baru. Mungkin hanya sekadar sementara bagai bau kentut cilaka. Tapi tidak bagi gua. Kerana gua adalah AZAM.
Bagi mereka-mereka yang membina resolusi-resolusi yang hebat untuk dicapai setiap tahun. Sekurang-kurangnya mereka ada. Walaupun yang mereka ingin capai terlampau bermetafora. Tapi tidak bagi gua,yang hanya ingin sekadar dapat meneruskan hidup gua walaupun sedikit terumbang-ambing dan hambar tanpa kekasih. Ok dah,jangan anggap gua gay. Dan kian tahun yang berubah hanyalah umur gua meningkat tanpa menoleh dan tiada perubahan azam segala bagai.
(350 patah perkataan)
3:14 a.m - Gua dihambat perasaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan