Sejak sekian lama gua tak bermain bola disebabkan kesibukkan atau sengaja gua buat -buat sibuk dan mengendahkan ajakan rakan-rakan untuk bermain bola. Gua melepaskan gian menedang bola semalam. Gua renung langit yang menampakkan awan kelabu-kelabu yang bila-bila masa je hujan menyimbah bumi. Seraya gua berdetak, "betul ke budak-budak ni nak main bola?
Bukan gua risau akan mereka-mereka jatuh sakit atau terdampar di hospital. Tapi,gua yang baru lepas mandi petang itu terus ke taman dengan telah ber-dress up sedikit dan yang nyata bukan berpakaian sukan. Begitu juga dengan mereka yang turut berhias-hias dengan niat awal untuk menggoda anak dara di taman. Tak termasuk gua la. Atas ajakan untuk bermain bola,dengan lebih tepat atas sindiran yang agak pedih dilemparkan, mereka-mereka seakan tidak boleh untuk menolak. Sindirin berbunyi "kalau sekadar datang taman dress up lawa-lawa duduk,BALIK LAH!! " . sekian.
Kami bermain bukanlah di atas padang ,tapi hanya di atas court badminton. Di mana setiap pasukan 4 sebelah. Bermain dengan tiada peraturan dan bersikap hentam buta dan yang pasti tiada reff. Cara untuk meng-gol kan bola adalah mengenakan tiang yang lebarnya lebih kurang 1 jengkal dan tinggi 7 kaki. Hebatkan bagi siapa yang menjaringkan gol?
Ada la dalam 20 minit permainan berlangsung tanpa menghiraukan kepulan awam gelap di atas,tiba-tiba hujan turun. Gua menjangkakan mereka yang lain akan berlari ke arah pondok mengelak hujan. Tapi, "dok,hujan lagi samok main bola" Rata-rata pemain dalam lingkungan 20 tahun ke atas.
Dan pada petang tu gua bermain dalam hujan seperti 5 tahun yang lepas dengan gelak tawa di sebabkan gelagat yang di pamerkan oleh mereka-mereka.
Jumaat, 28 Januari 2011
Selasa, 18 Januari 2011
Isnin, 10 Januari 2011
ekspresi seputar emosi
8:45 p.m - Waktu makan malam.
Gua di tinggal bersendirian di kerusi meja menikmati makan malam yang terbentangkan lauk yang ber-ala kadar. Namun tetap mengeyangkan tapi tidak mampu untuk bertahan lapar lagi empat jam. Ahhh,gua semakin kuat makan. Atau gua sengaja nak menghabiskan lauk.
Hanya berbekalkan bunyian dari corong radio meneman. Entah dari frekuensi berapa itu gua kurang pasti,yang pasti asyik memutar lagu-lagu romantis. Pada mula,gua rasa gua gagah untuk mendengar dengan harapan gua tidak terbawa-bawa dengan perasaan. Tapi tiadalah hingga terbawa depresi. Sambil gua menyuap makanan ke dalam mulut,tidak semena-mena mulut gua turut ter- SING ALONG. Tangan yang menyuap terhenti sekejap. Dan itu masih okay.
Gua tersenyum nipis. Semakin lama semakin gua terbawa oleh perasaaan dengan nada-nada pujangga yang di lontarkan. Seolah-olah perihal gua yang diceritakan melaluinya. Memori-memori usang menyinggah melewati minda gua yang sedang kosong menikmati makan. Dan jantung gua berdetak hebat bagai sedang melakukan aktiviti kardio. Bayangkan situasi ini dimana seorang wanita yang tidak boleh mengandung dan disindir oleh ibu mertuanya. Sebak kan? kan?
Maaf,gua tiada pembayang yang lain untuk menggambarkan bagaimana perasaan gua tika bermakan malam bersama radio berfrekuensi unknown.
TAPPP!! Radio ditutup. Sambil berjalan ke sink,mulut gua terkumait-kamit menyumpah berbahasa puitis terhadap radio.

Ahad, 2 Januari 2011
buku laporan 2011-001
Sebelum ini,tika gua berada dalam zaman berak terkincit dalam seluar tanpa dapat dikawal tahannya,rambut masih disisir oleh mak gua, kadang kala akak gua yang menyisisir rapikan rambut gua. Dan juga sedikit kucupan di dahi dan juga di pipi sebelum menginjak ke sekolah.Dan gua bagi amaran jangan di bibir,gua tak nak first kiss gua dirampas begitu aje dari mak gua. Gua sering merungut dan bertanyakan soalan yang amat bijaksana tika diperingkat umur itu. "Ma,orang nak tukar nama boleh ma?" Kan? Soalan yang bernas yang boleh dirungkai dengan penumbuk penampar sahaja. Sebab dan musababnya,gua sering diejek oleh budak-budak yang pemikiran belum matang tika itu. Contoh ejekan "zam zam alakazam". Ekoran daripada sedutan filem Laksamana Do Re Mi ketika Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ingin menerbangkan tikar terbangnya.
Namun,segala itu diatasi dengan berlalunya tahun ke tahun. Kini gua sedikit bangga diberi pasangkan nama AZAM. Ini kerana setiap kali menjelang tahun baru,mereka-meraka di luar sana memasang niat dan seraya AZAM yang baru menggantikan yang usang. Dan sudah ternyata nama AZAM terpahat kemas di dada hati mereka-mereka. Termasuklah juga wanita-wanita yang di luar sana memasang AZAM tanpa gua ketahui. Dan gua tidak pasti untuk berapa lama AZAM mereka akan bertahan,mungkin hingga menjelma tahun yang baru. Mungkin hanya sekadar sementara bagai bau kentut cilaka. Tapi tidak bagi gua. Kerana gua adalah AZAM.
Bagi mereka-mereka yang membina resolusi-resolusi yang hebat untuk dicapai setiap tahun. Sekurang-kurangnya mereka ada. Walaupun yang mereka ingin capai terlampau bermetafora. Tapi tidak bagi gua,yang hanya ingin sekadar dapat meneruskan hidup gua walaupun sedikit terumbang-ambing dan hambar tanpa kekasih. Ok dah,jangan anggap gua gay. Dan kian tahun yang berubah hanyalah umur gua meningkat tanpa menoleh dan tiada perubahan azam segala bagai.
(350 patah perkataan)
3:14 a.m - Gua dihambat perasaan.
Langgan:
Ulasan (Atom)