Segala hal dan perkara yang dulunya begitu menjadi keseronokkan kini dengan perlahan-lahan di mamah usia sendiri. Membundar bulat mata aku sejenak di waktu bayang kesilapan dan keseronokkan lampau datang menampar dan tanyakan apa yang aku kecapi sehingga ke hari ini.
"Apa masa lalu hidupmu yang lampau ada membantumu pada hidup kini?"
Aku termati jawapan pada soalan dari masa lalu aku sendiri.
Sungguh aku terpukul dengan pertanyaan dari masa lalu aku sendiri. Seolah-olah masa lalu sedang mengejek masa kini aku. "Bukan kau tidak tahu, ini juga berpunca dari kau,masa lalu!" membentak marah di hati kecil aku. Aku masih ego, mencari sesuatu yang hendak dipersalahkan supaya aku masih bisa tersenyum. Tersenyum kerana mahu beranggapan apa yang aku lakukan di waktu lalu adalah pilihan yang tepat. Tapi.... Ahh, bodohnya! Ternyata, aku masih salahkan masa lalu dan bukan diri aku sendiri. Maaf, aku masih belum bersedia untuk menyalahkan diri sendiri.
Pernah ketika, aku terdiam pegun seperti tiang lampu oren keorenan sodium dan yang bergerak hanyalah minda, berfikir segala macam. Bahkan, mereka di luar sana juga tidak dapat meneka apa yang berlegar-legar di benak fikiran aku. Kerana mereka hanya mampu memandang zarah fizikal aku. Ingin sekali aku muatkan mereka kedalam tempurung kepala, melihat dan mengamati serta membantu aku perbaiki apa yang perlu dibaiki. Dengan itu, mana mungkin aku lakukan perkara yang tidak bisa terjadi itu terjadi.
Jika aku diciptakan sama ceritanya dengan mereka nescaya tidak berwarna warni lah dunia ini. Dan aku masih percaya akan kewujudan aku, ada sesuatu disebaliknya. Yang perlu aku berdiri dipaksi kaki sendiri mencari sesuatu destinasi dan memberi impak positif kepada hidup ini.
Suatu hari.. Suatu hari nanti..
...
Ahad, 9 September 2012
Antara kamu dan aku serta percaturan dari langit tidak dapat dihendap dalam relung masa. Samar
Aku berkehendakkan agar dapat aku memuatkan sebuah cerita di dalam ruang kosong ini.
.
.
Khamis, 3 Mei 2012
Dalam keadaan posisi mencangkung dalam jamban yang seluas rupa lubang kubur aku fikirkan mati.
Mati akal.
Mati kutu.
Mati rindu.
Mati perasaan.
Mati cinta.
Mati bahagia.
Mati ketawa.
Mati gembira.
Mati hati.
Mati cita-cita.
Mati prinsip.
Mati matlamat.
Mati segalanya.
Sedang lipas melintasi aku. Segera aku pijak. "nah!! Mati kau lipas"
Aku masih belum puas.
Ahhhh! Pergi mati dengan semua mati tu.
Aku belum mati untuk berhenti melewati dunia yang penuh dengan kematian di mana-mana ni. Bagi yang mati teruskan mati. Bagi yang hidup jangan kau cari mati yang sia-sia.
Jangan kau nerakakan hidup.

Sabtu, 28 April 2012
Setelah Hampir Bertahun Aku Ralit Dengan Keseronokkan Syurga Dunia
"...kekadang aku menyesal tuhan..." - Azam
Rabu, 21 Mac 2012
Sadly im really dont know life at all and i dont have one
....But im keep living in it without any purpose and significance of my existence....
.
.
Selasa, 20 Mac 2012
gadis sebelah meja di medan selera. adakah dia kiriman Tuhan.
Giginya tersusun rapi macam model majalah Elle yang bunyinya macam L. Datang berjalan tanpa lenggok masih menawan. Ditariknya kerusi meja sebelah,cepat-cepat duduk. Cepat-cepat juga aku kemas rambut.
Bukanlah sifat aku makan dengan sopan. Tapi secara auto begitu sopan aku makan kali ni. Apa jenis penanganlah perempuan ni bawa.
Ada masa mata melirik nakal mencuri pandang susuk tubuh perempuan sebelah meja ni. "Besar juga ya" detik hati. Sekali jeling masih belum ketahuan. Aku sambung makan.
Semacam ada yang menarik, aku tertarik nak pandang lagi. Aku jeling, kali ni mata bertembung mata. Ahh jelingan aku ketahuan. Dia menguntum senyum. Aku balas dengan senyum segan-segan.
Adakah dia kiriman Tuhan? Yang datang bersendiri tanpa ada yang meneman.
Adakah dia kiriman Tuhan? Yang datang sedang mencari teman.
Adakah dia kiriman Tuhan? Buat aku yang lama tak berteman.
Gadis sebelah meja di medan selera. Adakah dia kiriman Tuhan?
Puas aku menelaah tentang dia.
Belum sempat aku menyapa. Datang si jejaka. Sudah pastilah pakwe dia.
Celaka! Patutlah lah order air je.
Silly me to think that she was single.
Manalah ada perempuan cantik tak ada pakwe. Even tak cantik pun ada pakwe.

Sabtu, 25 Februari 2012
Bukan aku perasan bintang
Aku tak pernah perasaan bintang, cuma ini gaya aku. Terselit karakter pemberontak dalam sesuatu hal. Mereka-mereka di luar yang mengharapkan sempurna sedangkan aku bukan sempurna.
Maaf, aku bukan pussy.
"You aspect too much extraordinary from ordinary decent guy."
Jika aku kau anggap bintang, maka celaka bagi kau. Aku sukar untuk di gapai, kau hanya sekadar boleh melambai.
Sindiran dari kata kata manis, tak menjamin aku boleh tersenyum manis.
Jika kau tanya pada saat 5 tahun yang lepas. Mungkin ini kehendak aku. Tapi bukan sekarang.
Namun, aku gagahkan untuk berlari, sikit pun kata kau tak pernah buat aku berhenti.

Selasa, 21 Februari 2012
kamar gelap
Di sini, aku duduk tergaman merenung lorong-lorong hari esok. Adakah hari aku berakhir dengan baik atau sebaliknya. Persoalan terjawab di kamar ini.
Di sini, aku tidur sunyi kaku tanpa teman atas katil permaisuri. Dan hanyalah diteman oleh sekujur tubuh hitam legam bayang sendiri.
Di sini, aku meluang dan menghabiskan masa bersama buku serta komik. Agar hari dan malam berlalu tanpa sia. Terutama pada hujung minggu dan malam, pasti di jamah walaupun hanya sebaris ayat.
Di sini juga, aku terlentang baring tuit tuit dalam keadaan pemikiran bebas. Dan juga tentang ekpresi seputar emosi. Adakala aku tertawa apa yang di tuit tuit mereka. Aku tertawa dalam kamar gelap.
Di sini, terselit inventori memori kisah panjang kau dan aku. Tapi itu dulu. Ya. Dulu. Kini, kamar semakin gelap meski siang.
Di sini, meski pernah indah. Di satu sudut, aku mengeluh, memaki spontan, meratapi dan menangis.
Kamar gelap,
Terlalu banyak rahsia gelap dari seorang yang berkemungkinan membuat dosa. Mungkin malam, esok dan mungkin juga pada hari mendatang.
Di kamar gelap ini, aku keseorangan menonton klip 3gp/mp4.
Di Kamar Gelap ini, aku coretkan memori. Di Kamar Gelap ini, aku tidur meski siang. Kakakaka.

Ahad, 12 Februari 2012
Ini,itu dan bermacam
Mak gua inginkan gua gini..
Bapak gua inginkan gua gini..
Kakak-kakak gua inginkan gua gini-gini,
Tapi gua inginkan gitu-gitu.
Maaf,
Namun gua belum punya impian tetap.. Dan juga
Tiada GF.
Pegang lagi lah gua title gay untuk tahun-tahun mendatang.
Sekadar cuci mata perhatikan lemak-lemak di dada mereka dekat jusco dan jalan sambil bersiul pun sudah cukup memBAHAGIAkan!
Teetttt!!
Impian terutama bukanlah mencari Gf. Tapi impian yang itu..

Selasa, 10 Januari 2012
Ambisi yang tak terlunas
Semalam,
ambisi aku datang lagi menjengah tika mata melirik jauh. Menggeramkan betul!
Ambisi yang menampakkan aku seorang yang pathetic. Menyedihkan betul!
Aku view rakan-rakan yang punya ambisi sama yang dah digapai. Cuma aku yang terkapai-kapai tanpa lemas. Mencemburukan betul!
Duduk dalam sekelompok, dituju bermacam-macam gaya tanya. Kali ini, aku lemas. Mereka-mereka melemaskan aku. Memalukan betul!
Maaf, bukan aku tak cuba.

Ahad, 8 Januari 2012
aku pun tak tahu apesal
Aku kena belasah..
Aku kena lanyak..
Aku kena bedal..
Sampai overdose..
Sambil buat..
Mulut bergerak sekali
Kenapa?
Aku tengah maki perlahan..
Penat,tersandung..
Eh, esok datang lagi ni.
Dan, aku dah tahu kenapa.
.
Aku kena lanyak..
Aku kena bedal..
Sampai overdose..
Sambil buat..
Mulut bergerak sekali
Kenapa?
Aku tengah maki perlahan..
Penat,tersandung..
Eh, esok datang lagi ni.
Dan, aku dah tahu kenapa.
.
Rabu, 21 Disember 2011
Selasa, 20 Disember 2011
kesukaan biasa
Bangun pagi,
tanpa gigi di gosok,
menjamah pekat kopi,
merenung lorong hari esok.
Cahaya tenggelam kala malam,
sungguh kelam ini malam,
menonton filem harum sundal siang dan malam,
ambisi pagi bertahan hanya semalam.
.
tanpa gigi di gosok,
menjamah pekat kopi,
merenung lorong hari esok.
Cahaya tenggelam kala malam,
sungguh kelam ini malam,
menonton filem harum sundal siang dan malam,
ambisi pagi bertahan hanya semalam.
.
Selasa, 25 Oktober 2011
tom, si semut menaruh kasih pada si ratu
Apalah daya Tom, tidak terucap cinta pada si Ratu yang bertakhta di hati.
Dibuatnya pelbagai cara. Kadang-kadang dia menari tango. Ya tango. Menarik perhatian si Ratu. Meski pun,tiada terpandang oleh si Ratu.
Maka datang la hari si Ratu jatuh sakit.
Terdengar oleh Tom akan sakit si Ratu.
Penawarnya berada tepat di pergunungan Alabatsa dalam negeri kaya gula. Pergilah Tom kerana kasihnya pada si Ratu.
Kerana kasihnya pada si Ratu. Ya, kerana kasihnya pada si Ratu di daki gunung itu. Sesampai puncak gunung,kaki Tom tersadung batu yang di takdirkan untuknya.
" Oh, Ratu..."
" Oh, Ratuku...cintalah aku di alam sana." - Kata yang terpacul oleh Tom.
Maka jatuh la Tom. Matilah Tom. Mati juga cinta Tom pada si Ratu. Dan tidak lah terubat si Ratu. Berkuburlah jasad Tom ,di bawanya bersama cinta pada si Ratu di Gunung Alabatsa.
Sehingga kini, rangka Tom masih tidak di temui.

Rabu, 19 Oktober 2011
rantai tu yang berkarat
Aku bosan.
Ambil basikal.
Kayuh satu taman.
Sampai bukit,
Kanan,traffic light lampu merah.
Aku kayuh laju penuh jaguh.
Berdiri pula tu.
TAPPP! Sakit.
Aku sentap.
Hampir jatuh.
Rantai putus.
Toleh kiri kanan tidak.
Terus tolak basikal tersenyum kambing.
Sampai rumah.
Aku park basikal tersorok sikit.
Masuk rumah,
Mohmad keluar.
Aku ngendap.
Dicarinya basikal.
Duduk.
Masih tak perasan.
Mula kayuh,tak jalan.
Kantoi.
Parking semula basikal.
Buka pintu.
Masuk rumah.
Tengok aku.
Aku diam, baca suratkhabar.
.
Ambil basikal.
Kayuh satu taman.
Sampai bukit,
Kanan,traffic light lampu merah.
Aku kayuh laju penuh jaguh.
Berdiri pula tu.
TAPPP! Sakit.
Aku sentap.
Hampir jatuh.
Rantai putus.
Toleh kiri kanan tidak.
Terus tolak basikal tersenyum kambing.
Sampai rumah.
Aku park basikal tersorok sikit.
Masuk rumah,
Mohmad keluar.
Aku ngendap.
Dicarinya basikal.
Duduk.
Masih tak perasan.
Mula kayuh,tak jalan.
Kantoi.
Parking semula basikal.
Buka pintu.
Masuk rumah.
Tengok aku.
Aku diam, baca suratkhabar.
.
tidur yang sedap
Aku takut nak tidur.
Takut-takut mimpi 18sx lagi.
Aku kena tidur juga.
Kepala dah pening sebelah.
Bukan alasan. Aku lalai ngadap skrin.
Off.
.
Takut-takut mimpi 18sx lagi.
Aku kena tidur juga.
Kepala dah pening sebelah.
Bukan alasan. Aku lalai ngadap skrin.
Off.
.
Selasa, 18 Oktober 2011
melunas rindu
Di kejutkan dengan khabaran mengejut.
Aku masih act cool dan steady.
Seraya menguntum senyuman separa ikhlas.
Rokok masih di bibir.
"Kau sial !"
Lama benar aku tak memaki.
.
Aku masih act cool dan steady.
Seraya menguntum senyuman separa ikhlas.
Rokok masih di bibir.
"Kau sial !"
Lama benar aku tak memaki.
.
Isnin, 17 Oktober 2011
mengadaptasi mimpi semalam
Malam tu. Aku ketiduran awal bukan seperti malam yang biasa-biasa. Sebermula sebelum itu, aku diperdengarkan muzik romantika agar mata menutup kemas. Aku, aku hanyut didendang alunan.
Malam tu, bukan malam yang biasa-biasa. Mimpi dibentangkan dalam tidur aku. Hati di dalam menaruh kasih. Aku terjaga. Aku pantas ingin bermimpi kembali memujuk mata menutup ketat.
Aku tak bisa.
Walang sungguh atma ini tuhan. Ingin sekali aku adaptasi mimpi menjadi realiti, dan..

Khamis, 13 Oktober 2011
1991 - ∞
Pernah dulu , aku punya guli sebalang.
Pernah dulu , aku punya gasing pawang.
Pernah dulu , aku punya game tape.
Pernah dulu , aku punya beberapa jilid tape hitam ultraman,satria baju hitam.
Pernah dulu , aku punya tamia dash yankuro.
Pernah dulu , aku punya beyblade.
Pernah dulu , ini kesukaan bukan sekarang.
Tapi ,
ada akan satu hal tidak berubah.
Pernah dulu , tidak pernah aku punya. Aku sukakannya.
- AZAM

Khamis, 22 September 2011
kerana itu
Rasa seronok gua makin tawar-tawar. Warna-warni pelangi macam skittles pun sikit-sikit merubah pudar hitam putih. Tapi yang pasti,merokok walau tak ada rasa,gua pepahkan aje. Paru-paru masih ok barangkali. Bak kata Remy pung pang pung pang. Laman sesawang 18sx pun dah jarang sekali gua layari. Sejak sering kali teman-teman gua datang dengan mobile yang boleh muat turun segera 3gp/mp4....
sebulan lagi aku sambung...
..
sebulan lagi aku sambung...
..
Langgan:
Catatan (Atom)