Ahad, 9 September 2012

Aku nerakakan hidup sedangkan aku punya pilihan memilih syurga di dunia mahupun di dunia selepas dunia ini.

Segala hal dan perkara yang dulunya begitu menjadi keseronokkan kini dengan perlahan-lahan di mamah usia sendiri. Membundar bulat mata aku sejenak di waktu bayang kesilapan dan keseronokkan lampau datang menampar dan tanyakan apa yang aku kecapi sehingga ke hari ini.


"Apa masa lalu hidupmu yang lampau ada membantumu pada hidup kini?"



Aku termati jawapan pada soalan dari masa lalu aku sendiri.



Sungguh aku terpukul dengan pertanyaan dari masa lalu aku sendiri. Seolah-olah masa lalu sedang mengejek masa kini aku. "Bukan kau tidak tahu, ini juga berpunca dari kau,masa lalu!" membentak marah di hati kecil aku. Aku masih ego, mencari sesuatu yang hendak dipersalahkan supaya aku masih bisa tersenyum. Tersenyum kerana mahu beranggapan apa yang aku lakukan di waktu lalu adalah pilihan yang tepat. Tapi.... Ahh, bodohnya! Ternyata, aku masih salahkan masa lalu dan bukan diri aku sendiri. Maaf, aku masih belum bersedia untuk menyalahkan diri sendiri.



Pernah ketika, aku terdiam pegun seperti tiang lampu oren keorenan sodium dan yang bergerak hanyalah minda, berfikir segala macam. Bahkan, mereka di luar sana juga tidak dapat meneka apa yang berlegar-legar di benak fikiran aku. Kerana mereka hanya mampu memandang zarah fizikal aku. Ingin sekali aku muatkan mereka kedalam tempurung kepala, melihat dan mengamati serta membantu aku perbaiki apa yang perlu dibaiki. Dengan itu, mana mungkin aku lakukan perkara yang tidak bisa terjadi itu terjadi.



Jika aku diciptakan sama ceritanya dengan mereka nescaya tidak berwarna warni lah dunia ini. Dan aku masih percaya akan kewujudan aku, ada sesuatu disebaliknya. Yang perlu aku berdiri dipaksi kaki sendiri mencari sesuatu destinasi dan memberi impak positif kepada hidup ini.



Suatu hari.. Suatu hari nanti..



...



Antara kamu dan aku serta percaturan dari langit tidak dapat dihendap dalam relung masa. Samar

Aku berkehendakkan agar dapat aku memuatkan sebuah cerita di dalam ruang kosong ini.









.

Khamis, 3 Mei 2012

Dalam keadaan posisi mencangkung dalam jamban yang seluas rupa lubang kubur aku fikirkan mati.

Mati akal.
Mati kutu.
Mati rindu.
Mati perasaan.
Mati cinta.
Mati bahagia.
Mati ketawa.
Mati gembira.
Mati hati.
Mati cita-cita.
Mati prinsip.
Mati matlamat.


Mati segalanya.


Sedang lipas melintasi aku. Segera aku pijak. "nah!! Mati kau lipas"


Aku masih belum puas.


Ahhhh! Pergi mati dengan semua mati tu.


Aku belum mati untuk berhenti melewati dunia yang penuh dengan kematian di mana-mana ni. Bagi yang mati teruskan mati. Bagi yang hidup jangan kau cari mati yang sia-sia.


Jangan kau nerakakan hidup.



.

Rabu, 21 Mac 2012

Sadly im really dont know life at all and i dont have one

....But im keep living in it without any purpose and significance of my existence....



       .

Selasa, 20 Mac 2012

gadis sebelah meja di medan selera. adakah dia kiriman Tuhan.

Giginya tersusun rapi macam model majalah Elle yang bunyinya macam L. Datang berjalan tanpa lenggok masih menawan. Ditariknya kerusi meja sebelah,cepat-cepat duduk. Cepat-cepat juga aku kemas rambut.


Bukanlah sifat aku makan dengan sopan. Tapi secara auto begitu sopan aku makan kali ni. Apa jenis penanganlah perempuan ni bawa.


Ada masa mata melirik nakal mencuri pandang susuk tubuh perempuan sebelah meja ni. "Besar juga ya" detik hati. Sekali jeling masih belum ketahuan. Aku sambung makan.


Semacam ada yang menarik, aku tertarik nak pandang lagi. Aku jeling, kali ni mata bertembung mata. Ahh jelingan aku ketahuan. Dia menguntum senyum. Aku balas dengan senyum segan-segan.



Adakah dia kiriman Tuhan? Yang datang bersendiri tanpa ada yang meneman.


Adakah dia kiriman Tuhan? Yang datang sedang mencari teman.


Adakah dia kiriman Tuhan? Buat aku yang lama tak berteman.



Gadis sebelah meja di medan selera. Adakah dia kiriman Tuhan?



Puas aku menelaah tentang dia.


Belum sempat aku menyapa. Datang si jejaka. Sudah pastilah pakwe dia.


Celaka! Patutlah lah order air je.


Silly me to think that she was single.


Manalah ada perempuan cantik tak ada pakwe. Even tak cantik pun ada pakwe.


.

Sabtu, 25 Februari 2012

Bukan aku perasan bintang

Aku tak pernah perasaan bintang, cuma ini gaya aku. Terselit karakter pemberontak dalam sesuatu hal. Mereka-mereka di luar yang mengharapkan sempurna sedangkan aku bukan sempurna.

Maaf, aku bukan pussy.



"You aspect too much extraordinary from ordinary decent guy."



Jika aku kau anggap bintang, maka celaka bagi kau. Aku sukar untuk di gapai, kau hanya sekadar boleh melambai.



Sindiran dari kata kata manis, tak menjamin aku boleh tersenyum manis.



Jika kau tanya pada saat 5 tahun yang lepas. Mungkin ini kehendak aku. Tapi bukan sekarang.



Namun, aku gagahkan untuk berlari, sikit pun kata kau tak pernah buat aku berhenti.





Selasa, 21 Februari 2012

kamar gelap

Di sini, aku duduk tergaman merenung lorong-lorong hari esok. Adakah hari aku berakhir dengan baik atau sebaliknya. Persoalan terjawab di kamar ini.



Di sini, aku tidur sunyi kaku tanpa teman atas katil permaisuri. Dan hanyalah diteman oleh sekujur tubuh hitam legam bayang sendiri.



Di sini, aku meluang dan menghabiskan masa bersama buku serta komik. Agar hari dan malam berlalu tanpa sia. Terutama pada hujung minggu dan malam, pasti di jamah walaupun hanya sebaris ayat.



Di sini juga, aku terlentang baring tuit tuit dalam keadaan pemikiran bebas. Dan juga tentang ekpresi seputar emosi. Adakala aku tertawa apa yang di tuit tuit mereka. Aku tertawa dalam kamar gelap.



Di sini, terselit inventori memori kisah panjang kau dan aku. Tapi itu dulu. Ya. Dulu. Kini, kamar semakin gelap meski siang.



Di sini, meski pernah indah. Di satu sudut, aku mengeluh, memaki spontan, meratapi dan menangis.



Kamar gelap,
Terlalu banyak rahsia gelap dari seorang yang berkemungkinan membuat dosa. Mungkin malam, esok dan mungkin juga pada hari mendatang.



Di kamar gelap ini, aku keseorangan menonton klip 3gp/mp4.



Di Kamar Gelap ini, aku coretkan memori. Di Kamar Gelap ini, aku tidur meski siang. Kakakaka.



.


Ahad, 12 Februari 2012

Ini,itu dan bermacam

Mak gua inginkan gua gini..
Bapak gua inginkan gua gini..
Kakak-kakak gua inginkan gua gini-gini,


Tapi gua inginkan gitu-gitu.


Maaf,
Namun gua belum punya impian tetap.. Dan juga


Tiada GF.


Pegang lagi lah gua title gay untuk tahun-tahun mendatang.


Sekadar cuci mata perhatikan lemak-lemak di dada mereka dekat jusco dan jalan sambil bersiul pun sudah cukup memBAHAGIAkan!


Teetttt!!



Impian terutama bukanlah mencari Gf. Tapi impian yang itu..



.

Selasa, 10 Januari 2012

Ambisi yang tak terlunas

Semalam,
ambisi aku datang lagi menjengah tika mata melirik jauh. Menggeramkan betul!


Ambisi yang menampakkan aku seorang yang pathetic. Menyedihkan betul!


Aku view rakan-rakan yang punya ambisi sama yang dah digapai. Cuma aku yang terkapai-kapai tanpa lemas. Mencemburukan betul!


Duduk dalam sekelompok, dituju bermacam-macam gaya tanya. Kali ini, aku lemas. Mereka-mereka melemaskan aku. Memalukan betul!



Maaf, bukan aku tak cuba.


.

Ahad, 8 Januari 2012

aku pun tak tahu apesal

Aku kena belasah..
Aku kena lanyak..
Aku kena bedal..
Sampai overdose..


Sambil buat..
Mulut bergerak sekali
Kenapa?
Aku tengah maki perlahan..


Penat,tersandung..
Eh, esok datang lagi ni.


Dan, aku dah tahu kenapa.





.