Selasa, 26 April 2011

buku laporan 2011-004

Selalu aku kefikiran sehingga lewat malam , dan itu mengganggu waktu tidur aku. Sememangnya aku sering tidur waktu siang agar masa cepat berlalu.

Dan di mana aku perlukan ketenangan yang asyik pabila kelam malam dimana saat-saat yang lain tidur di ulik mimpi. Demi itu aku berangan dan berfikir tentang sesuatu dan sesuatu yang lain.

Tanpa ada jalan solusinya , aku berjalan kehadapan. Sedikit mendonggak ke arah bulan. Kocek di seluk , pemetik api di keluarkan. Namun aku tidak dapat menyalakan rokok yang sebatang itu. Minda dan jiwa tidak dapat bekerjasama.

Jadi,aku ke 7E yang berdekatan. Dengan niat untuk bertemu kawan dan berkomunikasi. Tapi,aku hanya jadi pemerhati komunikasi antara mereka. Aku terdiam memerhati segala perkara.

Apek yang duduk dengan hembusan kepulan rokok memanggil-manggil mempromosi dvd lucah yang baru. Juga di endahkan.

Aku masuk ke dalam 7E meninggalkan mereka dengan komunikasi mereka. Aku ke sudut jualan majalah dan komik. Demi menghiburkan aku sendiri. Di belek-beleknya satu persatu komik itu.

Kelihatan di situ cover depan komik itu jelas terpampang wajah Aditas. Segera aku menjamah komik Lawak Kampus. Kerana mungkin kawan-kawan aku adalah sebahagian dari staff 7E itu. Aku memberanikan diri membuka plastik balutan komik itu dan baca.

Aku ditegur. "Zam otak kau baca kat situ. Baca kat sini sial,kamera tk nampak". Oh,dia hanya mengesyorkan tempat yang lebih baik untuk aku baca komik itu. Terima kasih kawan.

Lawak kampus memang serba sedikit menhiburkan. Aku makin galak tertawa dan tersenyum sendiri mengendahkan yang lain memerhati. Mungkin sekadar hanya yang mampu aku tepis jauh perasaan itu.

Mungkin aku berdemikian untuk menyibukkan diri. Hmmm. Ternyata bukan mungkin.






                       .

Khamis, 14 April 2011

teguran sinis

Sekumpulan burung-burung bebas melebarkan sayap di awan biru, kekadang kelabu menunggu bah membasahi sehijau bumi pertiwi berkumpul sesama mereka mengeluarkan runut-runut kicauan. Seolah-olah mengherdik aku yang sedang asyik.


Deruan tiupan angin melewati segenap ruang dimensi singgah menyapa, seakan-akan menampar separa manja di pipi. Agar bangun dari khayalan fantasi yang penuh melekakan yang selami ini bermaharajalela.


Jalan-jalan yang tidak pernah lekang daripada di huni kenderaan-kenderaan mewah berlegar-legar menyusurinya tanpa mengambil kira akan Ron95. Ia berlalu mengeluarkan deruman garang seperti ingin mencemburukan!


Kehadiran semut-semut hitam sekawan yang membawa lari butir-butir gula yang di galas tanpa menghiraukan si empunya gula sedang membulat besar mata hitam memerhati. Sekalian semut-semut hitam seakan ingin mempamerkan sesuatu.




Okay,okay. Esok aku cari kerja!





.