Ahad, 9 September 2012

Aku nerakakan hidup sedangkan aku punya pilihan memilih syurga di dunia mahupun di dunia selepas dunia ini.

Segala hal dan perkara yang dulunya begitu menjadi keseronokkan kini dengan perlahan-lahan di mamah usia sendiri. Membundar bulat mata aku sejenak di waktu bayang kesilapan dan keseronokkan lampau datang menampar dan tanyakan apa yang aku kecapi sehingga ke hari ini.


"Apa masa lalu hidupmu yang lampau ada membantumu pada hidup kini?"



Aku termati jawapan pada soalan dari masa lalu aku sendiri.



Sungguh aku terpukul dengan pertanyaan dari masa lalu aku sendiri. Seolah-olah masa lalu sedang mengejek masa kini aku. "Bukan kau tidak tahu, ini juga berpunca dari kau,masa lalu!" membentak marah di hati kecil aku. Aku masih ego, mencari sesuatu yang hendak dipersalahkan supaya aku masih bisa tersenyum. Tersenyum kerana mahu beranggapan apa yang aku lakukan di waktu lalu adalah pilihan yang tepat. Tapi.... Ahh, bodohnya! Ternyata, aku masih salahkan masa lalu dan bukan diri aku sendiri. Maaf, aku masih belum bersedia untuk menyalahkan diri sendiri.



Pernah ketika, aku terdiam pegun seperti tiang lampu oren keorenan sodium dan yang bergerak hanyalah minda, berfikir segala macam. Bahkan, mereka di luar sana juga tidak dapat meneka apa yang berlegar-legar di benak fikiran aku. Kerana mereka hanya mampu memandang zarah fizikal aku. Ingin sekali aku muatkan mereka kedalam tempurung kepala, melihat dan mengamati serta membantu aku perbaiki apa yang perlu dibaiki. Dengan itu, mana mungkin aku lakukan perkara yang tidak bisa terjadi itu terjadi.



Jika aku diciptakan sama ceritanya dengan mereka nescaya tidak berwarna warni lah dunia ini. Dan aku masih percaya akan kewujudan aku, ada sesuatu disebaliknya. Yang perlu aku berdiri dipaksi kaki sendiri mencari sesuatu destinasi dan memberi impak positif kepada hidup ini.



Suatu hari.. Suatu hari nanti..



...



Antara kamu dan aku serta percaturan dari langit tidak dapat dihendap dalam relung masa. Samar

Aku berkehendakkan agar dapat aku memuatkan sebuah cerita di dalam ruang kosong ini.









.